Wednesday, September 29, 2010

UMNO JANGAN LETAK CALON DI GALAS DEMI PERPADUAN

Jika benar UMNO inginkan perpaduan Melayu, UMNO hendaklah tidak meletakkan calon dalam PRK N45 DUN Galas nanti. Ini kerana Pas adalah calon Melayu dan pasti juga UMNO akan meletkan calonnya yang juga Melayu, jadi kerana apa Melayu sama Melayu hendak berebut-rebut dikawasan orang Melayu?

Adalah diharapkan agar UMNO akan menerima cadangan perpaduan Pas ini demi perpeduan sebenarnya bangsa Melayu di Malaysia ini. DUN Galas mempunyai 13 peti undi dengan 6 peti undi Melayu, 6 peti undi Kaum Asli serta 2 peti undi kaum Cina.

Baca Utusan Malaysia: Takiyuddin cadang UMNO tak letak calon....

Tuesday, September 28, 2010

PRK DUN GALAS

Pilihan Raya Kecil akan berlaku di DUN Galas Parlimen Gua Musang tidak lama lagi berikutan kepergian ADUN Pas berkenaan. PKT percaya kerusi itu akan tetap dapat dipertahankan kerana sokongan rakyat Kelantan terhadap Pas masih tinggi walaupun ada beberapa perkara yang membuatkan rakyat tidak puas hati.

Rakyat Kelantan lebih percayakan pemimpin Pas berbanding pemimpin UMNO yang kebanyakkannya tidak berperibadi baik. Rakyat kelantan rela hidup dalam kemiskinan dan tidak ada pembangunan kerana yang kita cari adalah akhirat dan syurga yang dijanjikan oleh pemimpin.

2. Di blog uRag dRrulug juga ada pengundian. Marilah kita menyokong UD walaupun dia bukan Pas namun dia lebih baik dari lawannya yang jelas menampakkan kesombongan kebongkakan.


Thursday, September 23, 2010

PERJUANGAN ISLAM SEMAKIN DITERIMA

Tidak lama lagi Sultan Pahang akan melakukan lawatan ke Kampong Bantal Ulu Tembeling. Sudah pasti ramai rakyat jelata dari berbagai kampong berhampiran akan berkampong di Kampong Bantal. Eloklah kesempatan itu kita ambil untuk mengeratkan silratulrahim dengan masyarakat setempat disamping menganjurkan penambahan keaahlian parti.

Semenjak lawatan YDP Pas Kawasan yang lalu, maklumbalas menunjukkan bahawa penduduk pedalaman semakin menaruh kepercayaan terhadap Pas yang nyata lebih jujur dan telus dalam segala macam hal. Dan yang lebih penting adalah pemimpin Pas tidak sepertin pemimpin UMNO yang korup.

Terdapat berbagai rungutan tentang ADUN berbanding dengan semasa dibawah tadbiraan Pas dulu. Ramai percaya bahawa ledakkan akan berlaku semula dan Pas akan dipilih semula oleh rakyat untuk meguruskan beberapa kerusi di negeri.

Monday, September 6, 2010

LAWATAN KERJA YDP KE ULU TEMBELING




Pada 18.3.2010 PAS Kawasan Jerantut telah menghantar YDP dan Setiausahanya ke kawasan Ulu Tembeling bagi bertemu dengan penduduk yang berada di kawasan tersebut. Kawasan tersebut meliputi beberapa buah kampung tradisional yang terdiri daripada Kg. Pagi, Kg. Sat, Kg Bantal, Kg. Bukit Mat Darling dan Gusai. Turut serta dalam lawatan tersebut ialah 2 orang AJK termasuk Ustaz Zakuan.


(Dr. Hamzah sedang menyampaikan sedikit bantuan berupa barang makanan kepada salah seorang dari penduduk Kg. Mat Darling selepas menyampaikan kuliah maghribnya)

Dalam lawatan tersebut, YDP Pas Kawasan Jerantut, Dr. Hamzah Jaaffar telah diberi penghormatan untuk menyampaikan kuliah maghribnya di Masjid Kg. Mat Darling. Turut hadir dalam kuliah tersebut ialah Ketua Kampung Kg. Mat Darling. Dalam kuliah, Dr. Hamzah hanya menekankan betapa perlunya kita memiliki sifat taqwa dalam diri masing-masing agar hidup manusia akan lebih aman dan damai samada di dunia maupun akhirat. Untuk mendapatkan sifat taqwa maka majlis-majlis ilmu samada kuliah atau ceramah agama hendaklah diperbanyakkan teutamanya di masjid. Kesan dari sifat taqwa akan menyebabkan anak isteri akan bahagia hidup mereka kerana mempunyai ayah dan suami yang bertanggungjawab yang terhasil dari sifat taqwa. Rakyat pula akan hidup aman damai kerana dijagai oleh pemimpin yang bertanggungjawab lantaran bertaqwa kepada Allah swt. Begitulah antara penekanan dalam kuliah yang disampaikan oleh Dr. Hamzah tanpa menyentuh secara langsung hal-hal yang berkaitan dengan politik. (YDP PAS Jerantut sedang menyampaikan kuliah maghrib yang dipengerusikan oleh Ustaz Zakuan, AJK PAS Jerantut)

Ketika ditanya mengenai lawatan tersebut, Dr. Hamzah menjelaskan bahawa lawatan kali ini adalah untuk meninjau sejauh mana Kerajaan UMNO/BN menunaikan janji mereka untuk membina jalanraya yang menghubungkan Kuala Tahan ke Ulu Tembeling. Beliau dan rakan-rakannya sengaja memilih melalui ‘jalan darat’ tidak ‘jalan air’.
(Jalan untuk laluan 'darat' ke Ulu Tembeling. Penduduknya menderita lebih 50 Tahun. Amat menyeksa badan jika melalui jalan ini yang memakan masa selama hampir 4 jam sedangkan jika jalanraya dibina,ianya hanya memerlukan masa 45 minit untuk sampai ke Ulu Tembeling)

Sepanjang melalui jalan tersebut, badan terasa sakit kerana jalannya berlopak-lopak dan banyak yang rosak kerana digunakan untuk mengeluarkan kayu balak yang terdapat di sekitar kawasan Ulu Tembelang.

‘Apa yang saya dapat dari lawatan ini ialah rupa-rupanya terdapat 4 buah jambatan kukuh yang terbina semasa PAS memenangi DUN Tahan pada Tahun 1999. Pada waktu itu, DUN Tahan diwakili oleh Allahyarham YB Abdul Malek Yusof. Pada zamannyalah, penduduk Ulu Tembeling mendapat kemudahan letrik sedangkan sebelum itu lebih 40 tahun lamanya, penduduk di sana tidak mendapat bekalan letrik dan tiada jambatan yang merentangi anak-anak sungai yang terdapat sepanjang laluan ‘darat’. Ini bermakna PAS telah berjaya membina 4 buah jambatan untuk rakyat di Ulu Tembeling sepanjang lebih kurang 4 tahun iaitu dari 1999-2004. Dengan sebab itu, saya yakin kalaulah DUN Tahan diwakili oleh wakil rakyat PAS, Insya Allah masalah jalan mungkin dapat diselesaikan lebih-lebih lagi kalau sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Negeri Pahang.’Ujar beliau ketika ditanya mengenai lawatan PAS Kawasan Jerantut.(Jambatan ini dibina hasil perjuangan Allahyarham YB Abd. Malek Yusof, Wakil rakyat PAS pada Tahun 19999-2004)

Untuk makluman, sehingga kini penduduk di Ulu Tembeling masih menggunakan jalan air sebagai jalan utama mereka sekiranya mereka ingin ke Kuala Tahan atau ke Bandar Jerantut. Namun ada kalanya jalan air amat menyeksakan mereka sekiranya air sungai didapati cetek seperti musim sekarang. Air yang cetek menyebabkan mereka terpaksa menolak perahu atau bot mereka apabila sampai di tempat yang airnya’cetek/tohor’.
(lihatlah sendiri air sungai ini yang terlalu amat cetek. Bayangkan betapa seksanya penduduk kerana mereka terpaksa menolak perahu mereka apabila bertembung dengan air yang cetek ini)

Semasa perjalanan pergi, Dr. Hamzah dan rombongan pacuan 4 rodanya telah singgah di Kg. Pagi dan Kg. Sat. Mereka pulang keesokan harinya iaitu Hari Jumaat. Dalam perjalanan pulang, mereka sempat singgah di Kg. Bantal dan bertemu dengan penduduk yang datang ke pekan sehari.
(Salah seorang AJK yang menyertai lawatan terpaksa menolak perahu dengan menggunakan kayu yang telah disediakan untuk menyeberang ke Kg. Bantal)

Penduduk di sana mengharapkan agar PAS handaklah memperbanyakkan lawatan ke Ulu Tembeling dan mereka meminta agar diadakan kuliah di masjid mereka. Bagi mereka, mereka tidak takut lagi untuk berdampingan dengan pemimpin PAS kerana mereka telah banyak kali ditipu oleh pemimpin UMNO/BN terutamanya dalam isu pembinaan jalanraya yang sehingga kini, lebih 50 tahun lamanya masih belum dimulakan pembinaannya. Yang telah dibina ialah papan tanda yang tidak bertarikh sebagai penyejuk hati.
(Lihat dan perhatikan betul-betul, papan tanda ini telah lama dipacak di permulaan jalan menuju ke Ulu Tembeling. Tetapi sayangnya tiada tarikh mula dan tiada pula tarikh bilakah ianya akan siap.Sekadar untuk menghiburkan hati penduduk. Insya Allah dekat pilihanraya ke 13 nanti, akan diletakkan jentolak dan sedikit tar untuk terus menghibur hati penduduk agar rakyat terus undi BN)
Ini jambatan khas untuk mengeluarkan balak sehingga menyusahkan
penduduk yang berulang alik melalui jalan air kerana jambatannya terlalu rendah.
Maklumlah untuk balak.

Mula-mula masuk ke jalan darat, anda akan lihat lautan balak tersusun rapi.
Sebab itulah selagi balak di Ulu Tembeling tak habis, selagi itulah jalanraya tidak akan dibina.
Maklumlah susah nak keluarkan balak.Nanti rosak pulak jalan tar.

Adui sedapnya masakan orang ulu ni. masak kampung katakan.
Ikan sungai asli, bukannya sangkar tau...!!

Bergambar kenangan dengan Ketua Kampung Kg. Mat Darling, berbaju kelabu.

Walaupun belum memerintah namun PAS Jerantut masih mampu menyampaikan
sumbangan seadanya untuk masjid dan diterima oleh Ketua Kampung Kg. Mat Darling

Rombongan kami bergambar kenangan selepas solat subuh. Kami tidur atas pasir
kerana air sungainya yang cetek.